BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011


PENDERITAAN umat Islam Kemboja yang hidup dalam serba kesusahan dan kekurangan perlu terus dibantu untuk meringankan beban serta penderitaan yang mereka alami.

Apa yang sedang berlaku di Kemboja mengundang simpati mendalam kepada seluruh rakyat negara ini untuk membantu meringankan keperitan dan kesengsaraan hidup mereka.

Masyarakat Islamnya mendapat pendidikan secara tidak formal seperti mengaji di sekolah-sekolah pondok kebanyakan dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan individu tertentu. 

Kedaifan masyarakat Kemboja cukup malang apabila kanakkanak Islam di sana menghadiri kelas pengajian Al-Quran dengan kemudahan yang amat menyedihkan dan usang.

Biarpun kanak-kanak hanya berkaki ayam atau selipar berselut lumpur tetapi ia tidak mematikan semangat mereka mendalami ilmu agama. 

Kebanyakan mereka sanggup hadir ke kelas mengaji Al-Quran dan Muqaddam semata-mata untuk mempelajari ilmu-ilmu asas iaitu ilmu mengurus diri seperti akidah, akhlak, tilawah, hadis dan tafsir. 

Itulah gambaran yang menyentuh perasaan setiap insan yang melihat kemiskinan hidup yang mereka lalui.

Malahan bukan itu sahaja, lantai bilik yang hanya beralaskan tanah, kerusi meja yang hampir reput dimakan anai-anai, dinding bilik yang tidak bersimen, tiada kipas dan kemudahan asas lain. Namun bagi mereka, itu bukan penghalang bagi mentelaah ilmu agama. 

Baru-baru ini, seramai 10 mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkesempatan mengikuti program Mobiliti Pelajar ke Kemboja.

Mereka terdiri, Mazni Sariff, Mohd Hafiz Ariffin, Ahmad Syauqi Rukaini Said Ramli, Muhamad Aiman Idris, Pua Tiong Eng, Mohd Fadzil Abdul Hanid.

Selain itu, Nik Muhd Afnan Nik Muhd Afandi, Mohd Latifi Mahmood, Fauzul Asrar Osman dan Ansharullah Hassan.

Program ini di ketuai Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin yang turut diiringi pegawai pengurusan tertinggi universiti dan pensyarah pengiring.

Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Datuk Md. Ismail Ahmad Khan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Abdul Aziz Abdul Samad dan Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar UTHM, Profesor Madya Dr. Asri Selamat.

Ketua Ekspedisi Mobiliti Pelajar Kemboja, Mazni Sariff berkata, program tiga hari dua malam itu mendedahkan mahasiswa UTHM tentang kesusahan yang ditanggung oleh umat Islam terutama di Kampung Choy Metrey Leu, Kemboja.

"Kesusahan mereka bukan lakonan atau dibuat-buat tetapi itulah realiti yang terpaksa mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian mereka di kampung ini,"katanya.

Mazni yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar berkata, sifat pengorbanan penduduk dan para alim ulama di kampung ini perlu dicontohi apabila menjadi penyumbang di atas usaha meningkatkan syiar Islam dan agama yang suci ini di samping meneruskan kehidupan.

Pada program tiga hari dua malam itu, pelajar mobiliti mahasiswa UTHM turut bersama berpeluang bersama penduduk kampung melakukan aktiviti gotong-royong memasang lantai jubin di Masjid Kampung Choy Metrey, memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah agama.

Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti melapah seekor lembu dan enam ekor kambing yang disumbangkan UTHM.

Saturday, November 20, 2010

Program Operasi Khidmat Masyarakat 2010 (OPKIM 2010)




Mahasiswa yang dilihat sebagai saluran dan ejen kepada pembangunan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk pembangunan Negara. Jesteru itu, tidak kira masa dan tempat Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 2010) pada 12 – 14 November 2010 bertempat di Kahang Kluang, Johor.

Program ini adalah hasil jalinan kerjasama dengan Pejabat HEP dan Pusat Komuniti Sembrong dan telah disertai oleh 109 orang mahasiswa berbilang bangsa dank aum seterusnya dibahagikan kepada 46 keluarga angkat mengikut kaum. Penduduk kampong yang terlibat dalam program ini adalah Kg Sri Lukut, Kg Contoh dan Kg Kahang. Mahasiswa yang menyertai program ini adalah dikalangan mereka yang aktif dan mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi kerana mereka sanggup mengambil masa cuti ulangkaji yang diperuntukkan semata-mata hendak berbakti kepada masyarakat.

Di antara objektif utama penganjuran program ini adalah mewujudkan dan menanam nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa terutama di dalam membantu kerajaan mengukuhkan dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat. Di samping itu, ianya juga dapat membentuk sokongan komuniti yang dinamik berasaskan kepada semangat sukarelawan antara masyarakat desa dan mahasiswa. Golongan sasaran program ini adalah dikalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah, belia dan ibubapa.

Sepanjang 3 hari mereka berkampung di mukim Kahang, pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya ialah senaman Poco - poco sukaneka bersama keluarga angkat mereka, mendirikan mercu tanda, gotong royong dan rewang sekampung

Pada hari terakhir, Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Dato’ Mohd Noh Dalimin, Naib Cancelor UTHM telah bersama-sama untuk merasmikan Mercu Tanda Program OPKIM 2010 di Tapak Pasar Malam Pekan Kahang. Sambil itu Dato’ Seri juga memberi kata-kata semangat kepada peserta OPKIM 2010. Seterusnya program diteruskan di Dewan SJK(C) Kahang untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Di majlis ramah mesra ini, UTHM telah menyerahkan 5 buah computer kepada SJK (C) Kahang dan SK Kahang yang telah di sampaikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Dato’ Mohd Noh Dalimin. Di akhir majlis ini nyanyian lagu Tema Program OPKIM 2010 – Gemilang daripada Jacklyn Victor telah dinyanyikan bersama-sama.

Pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini adalah tidak ternilai harganya kerana mereka dapat melihat pergaulan antara kaum-kaum dan masyarakat setempat di sesebuah kawasan. Di akhir program ini, peserta telah bersama-sama memasang 2 tanda mercu tanda program di Kampung sri Lukut dan Pekan Kahang kerana dengan adanya mercu tanda ini, segala memori sepanjang berada di sini akan terpahat buat selama-lamanya.

Disediakan oleh Mohd Latifi bin Mahmood

Timbalan Pengarah OPKIM 2010

Majlis Perwakilan Pelajar 09/10

Gambar Hari Terakhir 14 November 2010 ( Sewaktu majlis perasmian )



Sewaktu menuju ke SJK (C) Kahang 

1 Malaysia

Semasa menyanyikan lagu tema OPKIM 2010 dan montaj OPKIM 
Dato' Seri Hishammuddin merasmikan Mercu Tanda OPKIM 2010 sambil disaksikan oleh Dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM


bergambar dengan Dato' Seri


Semasa Penyerahan semula anak angkat kepada UTHM sambil disaksikan oleh Dato' Seri  






UTHM menyampai Gambar kenangan SMGM 2010 kepada Dato' Seri Hishammuddin..




Sunday, September 12, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010 di UTHM


Majlis Sambutan Hari Raya 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 21 September, 2010 (Selasa)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, UTHM

Atur cara majlis :

11.30 pagi - Ketibaan Staf dan pelajar UTHM
11.45 pagi - Ketibaan Tetamu Universiti dan VVIP/VIP
11.50 pagi - Bacaan Doa
12.10 t/hari - Ucapan YBhg. Prof. Dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
12.20 t/hari - Bacaan Selawat
12.30 t/hari - Jamuan Hari Raya

* Semua warga UTHM dijemput hadir.

Wednesday, September 8, 2010

2 hari sebelum Raya Aidifitri


aku menganyam ketupat.... belajar selepas balaja dari program kat kg separap.... x sia2 pegi sana dapat mewariskan adat makanan melayu....


Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, September 4, 2010

Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa di Kg Separap

Ketibaan 1 Syawal semakin dirasai oleh semua orang terutamanya yang beragama Islam…. Setelah beberapa minggu berada di universiti tercinta, mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, kini tibalah masanya pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang semakin kunjung tiba…. Oleh yang demikian, di sini, kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin… Semoga selamat pulang ke kampong halaman tercinta (^_^)….

Namun begitu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan lain yang tidak pulang ke kampung halaman mereka pada tahun ini… Antaranya ialah pelajar-pelajar antarabangsa dari negara seperti Indonesia, Arab, Somalia da lain-lain lagi… Mereka juga tidak terlepas dari kehangatan menyambut Aidilfitri ini… Oleh itu, atas kerjasama wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar, kami telah mengambil langkah membawa sebilangan pelajar Antarabangsa ke Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa,

Program ini merupakan anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat serta Majlis Belia Batu Pahat bertempat di Dewan Budaya Seri Separap berhampiran dengan MRSM Batu Pahat, Johor.

Di sini mereka telah di ajar cara-cara untuk mencuba sesuatu yang baru dalam masyarakat Melayu iaitu program menganyam ketupat. Ada beberapa jenis ketupat yang telah diajar antaranya termasuklah Ketupat Sate, Ketupat Bawang,Ketupat Pasar, Ketupat Sintok, Ketupat Jantung dan Ketupat Helang. Ternyata mereka berasa amat gembira kerana dapat mempelajarinya..





Gambar 1 : pelajar antarabangsa mempelajari teknik menganyam ketupat bawang

Gambar 2 : pelajar antarabangsa mempelajari teknik menganyam ketupat bawang bersama salah seorang penduduk Kg Separap

Gambar 3: Interaksi yang baik dengan penduduk Kg Separap dengan pelajar UTHM.






Gambar 4: kedatangan Pegawai daerah Batu Pahat


Gambar 5: Menunggu waktu Berbuka bersama penduduk kampung

Kami berharap program ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Ini adalah satu langkah untuk kita mengekalkan tradisi kita daripada luput ditelan zaman yang semakin maju. Kami berharap juga program ini dapat menarik perhatian golongan muda kini untuk mempelajari teknik menganyam ketupat. Di dalam ini juga dihadiri oleh kaum lain juga. Justeru itu ia dapat menjalinkan hubungan silaturahim.

Sambil program menganyam ketupat berjalan. Kami juga dijemput oleh Majlis Belia Daerah Batu Pahat untuk melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga terpilih di sekitar kawasan Semerah.

Gambar 6 : Melawat rumah keluarga ibu tunggal dan warga emas.



Gambar 7: Semoga kunjungan kami ini memberi keceriaan kepada warga emas ini.

Gambar 8: Semoga beliau tabah menjalani kehidupan yang kini lumpuh disebabkan oleh kemalangan 12 tahun yang lalu. Kami berdoa semoga beliau sihat selalu disamping keluarga tersayang.

Gambar 9: Kami daripada MPP dan warga UTHM mendoakan adik beradik ini tabah mengharungi kehidupan dan jangan cepat putus asa. Kami berdoa agar ayah, ibu dan 2 adik ini yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di tempatkan pada orang-orang yang beriman.


Gambar 10: Mengunjungi warga emas di padang Sari


Gambar 11: Mengunjungi warga emas di padang Sari

Gambar 12: Mengunjungi warga emas di padang Sari


Gambar 13: mengunjungi keluarga yang mempunyai anak istimewa

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin