Sunday, September 12, 2010
Majlis Sambutan Hari Raya 2010 di UTHM
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 12:48 AM 0 comments
Wednesday, September 8, 2010
2 hari sebelum Raya Aidifitri
aku menganyam ketupat.... belajar selepas balaja dari program kat kg separap.... x sia2 pegi sana dapat mewariskan adat makanan melayu....
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 11:43 AM 0 comments
Sunday, September 5, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 5:11 AM 0 comments
Saturday, September 4, 2010
Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa di Kg Separap
Ketibaan 1 Syawal semakin dirasai oleh semua orang terutamanya yang beragama Islam…. Setelah beberapa minggu berada di universiti tercinta, mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, kini tibalah masanya pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang semakin kunjung tiba…. Oleh yang demikian, di sini, kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin… Semoga selamat pulang ke kampong halaman tercinta (^_^)….
Namun begitu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan lain yang tidak pulang ke kampung halaman mereka pada tahun ini… Antaranya ialah pelajar-pelajar antarabangsa dari negara seperti Indonesia, Arab, Somalia da lain-lain lagi… Mereka juga tidak terlepas dari kehangatan menyambut Aidilfitri ini… Oleh itu, atas kerjasama wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar, kami telah mengambil langkah membawa sebilangan pelajar Antarabangsa ke Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa,
Program ini merupakan anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat serta Majlis Belia Batu Pahat bertempat di Dewan Budaya Seri Separap berhampiran dengan MRSM Batu Pahat, Johor.
Di sini mereka telah di ajar cara-cara untuk mencuba sesuatu yang baru dalam masyarakat Melayu iaitu program menganyam ketupat. Ada beberapa jenis ketupat yang telah diajar antaranya termasuklah Ketupat Sate, Ketupat Bawang,Ketupat Pasar, Ketupat Sintok, Ketupat Jantung dan Ketupat Helang. Ternyata mereka berasa amat gembira kerana dapat mempelajarinya..
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 10:13 AM 0 comments
Thursday, September 2, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 6:54 PM 0 comments
Pemutus litar bocor ke bumi
Kebanyakan pendawaian elektrik mempunyai galangan bumi yang tinggi disebabkan penggunaan rod bumi pada sistem pembumian TT ataupun keadaan tanah yang kering. Pendawaian sebegini adalah berbahaya dan terdedah kepada risiko keselamatan jika arus elektrik mengalir akibat kebocoran dari wayar hidup ke wayar bumi. Oleh kerana galangan bumi adalah tinggi: Bahaya sebegini boleh dikurangkan secara drastik melalui penggunaan PLBB ataupun peranti arus baki (PAB atau RCD). PLBB menjadikan pemasangan pendawaian lebih selamat dengan memutuskan bekalan kuasa sekiranya keadaan berbahaya berlaku. Dalam istilah bukan teknikal, apabila seseorang tersentuh sesuatu, terutamanya bahagian berlogam bagi peralatan elektrik yang mengalami kerosakan pada voltan yang berkaitan dengan bumi, arus elektrik akan mengalir melalui tubuh mangsa ke bumi. Arus yang mengalir adalah terlalu rendah untuk memutuskan fius ataupun membuatkan pemutus litar kecil terpelantik, tetapi masih mencukupi untuk membunuh manusia. PLBB mengesan kebocoran arus ke bumi walau sekecil mana pun dan seterusnya terpelantik bagi memutuskan bekalan elektrik. Untuk membolehkan PLBB berfungsi, PLBB mestilah disambung pada sambungan bumi pada pendawaian elektrik. Sistem pembumian yang tidak berfungsi akan mengakibatkan PLBB gagal berfungsi.
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 7:29 AM 0 comments
Wednesday, September 1, 2010
Kembara Mahkota Johor tonjol elemen kedaulatan diraja
KMJ 2010 dianjurkan bagi memenuhi permintaan dan harapan rakyat di enam daerah tersebut yang sebelum ini hanya menyaksikan dari jauh Sultan Johor mengembara menaiki tren pada Jun lalu yang hanya melalui empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulaijaya, Kluang dan Segamat.
Program KMJ 2010 ini sudah menjadi jenama yang cukup kuat dan begitu sinonim dengan Sultan Ibrahim kerana program yang dimulakan baginda pada 2001 ini saban tahun telah berkembang dengan pesat sama ada dari sudut jumlah penyertaan, acara dan publisiti.
KMJ 2010 juga menjadi medan terbaik bagi Sultan Ibrahim dan kerabat diraja Johor untuk berdamping dan bermesra dengan rakyat jelata tanpa kekangan protokol yang lazimnya dilaksanakan dalam acara lain melibatkan golongan istana.
Melalui program ini, baginda dapat melihat sendiri pembangunan di seluruh negeri serta mendengar keluhan mahupun pandangan rakyat secara terus dan tidak melalui mana- mana perantara.
Adakalanya permasalahan yang diadukan terus mendapat maklum balas segera baginda dengan menitahkan pihak yang berkaitan memberi bantuan atau mengambil langkah sewajarnya. Atas sebab ini jugalah, Sultan Ibrahim membawa bersama ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan menyertai setiap acara yang dianjurkan.
Selain itu, KMJ 2010 juga menjadi medan terbaik bagi ketua-ketua jabatan negeri mahupun Persekutuan di Johor beramah mesra dan bertukar pandangan berkenaan agensi masing- masing.
Penulis dapat melihat sendiri situasi ini khususnya semasa kembara menggunakan tren yang berlangsung pada Jun lalu apabila semua ketua jabatan dihimpunkan di dalam satu gerabak khas dan mereka dapat menghabiskan banyak masa sepanjang perjalanan dengan berinteraksi dan berkenalan dengan lebih dekat.
Tanpa program sebegini, belum tentu mereka ada kesempatan untuk duduk bersama dari pagi hingga ke malam dalam suasana yang cukup santai dan mesra.
Dalam setiap pertemuan dengan rakyat jelata, Sultan Ibrahim juga tidak kekok untuk bermesra dengan pelbagai lapisan masyarakat sama ada golongan tua atau muda mahupun kanak-kanak. Baginda tidak kekok untuk mengendong bayi, mengusik anak-anak kecil mahupun berseloroh dengan mak cik-mak cik di dapur!
Dalam ketegasan, baginda sebenarnya memiliki sifat humornya tersendiri. Sifat inilah yang menjadikan baginda amat disayangi dan mudah didekati rakyat jelata.
Keterbatasan waktu bukan penghalang bagi baginda merasai dan mencuba pelbagai aktiviti harian yang dilalui oleh rakyatnya. Dalam program KMJ 2010 ini, rakyat dapat bersama-sama baginda bermain sepak raga, bola sepak, berbasikal, mengukur kelapa, memasak, menabur benih padi dan sebagainya.
Yang menariknya, sebahagian daripada aktiviti itu turut disertai isteri baginda, Raja Zarith Sofiah, putera-putera dan puteri baginda yang sentiasa teruja untuk turun padang bertemu rakyat jelata.
Program KMJ 2010 ini juga bukan sahaja menyerlahkan keperibadian unggul dan daya kepimpinan baginda, malah turut memperlihatkan minat serta bakat peribadi baginda. Umum mengetahui bahawa baginda meminati dan memiliki kemahiran dalam dunia pemotoran. Cakap sahaja kenderaan apa, hampir kesemuanya mampu dikemudi baginda, daripada motosikal berkuasa tinggi, helikopter, kapal terbang mahupun bot laju.
KMJ 2010 turut mencatat sejarah peribadi baginda apabila ditauliahkan Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang melayakkan baginda memandu kereta api. Pentauliahan ini telah membolehkan baginda menerima sijil pengesahan daripada The Malaysia Book of Records dengan tajuk pengiktirafan The First Sultan to Receive Locomotive Driving Licence Class 26.
Setelah 10 tahun mengembara dalam 13 edisi KMJ, Sultan Ibrahim telah menjelajah hampir seluruh jajahan negeri Johor di daratan, sungai, hutan, laut mahupun pulau. Kembara baginda bukan sekadar berjalan 'makan angin', sebaliknya baginda menyelami, memahami dan mengambil peduli terhadap setiap keluhan pemimpin masyarakat. Baginda bertindak merentasi birokrasi dan protokol demi kesejahteraan rakyat yang dinaungi. Tidak hairanlah KMJ begitu dekat di hati rakyat Johor, malah kehadirannya sentiasa dinantikan.
Keseluruhannya, KMJ telah membina aura dan kemasyhurannya sendiri. Kekuatan namanya bakal dicatat dalam sejarah Johor. Sultan Ibrahim telah menyentak kita terhadap istilah 'Daulat' yang selama ini sering dikaitkan dengan unsur magis dan keluarbiasaan. Daulat sebenar yang ditonjolkan oleh baginda melalui KMJ ini penuh dengan elemen kasih sayang, ambil peduli dan prihatin seorang raja kepada rakyatnya.
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 8:27 AM 0 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua warga UTHM dan mengenali kami
Kami Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua warga UTHM. Semoga hari raya ini membawa keberkatan.
Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izin kami bersimpuh sila,
Menghulur tangan di bulan mulia,
Selamat hari raya aidilfitri,
Dari kami Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010,
Minal Aidil Wal Faizin.
Posted by Mohd Latifi Mahmood at 5:38 AM 0 comments