BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 20, 2010

Program Operasi Khidmat Masyarakat 2010 (OPKIM 2010)




Mahasiswa yang dilihat sebagai saluran dan ejen kepada pembangunan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk pembangunan Negara. Jesteru itu, tidak kira masa dan tempat Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 2010) pada 12 – 14 November 2010 bertempat di Kahang Kluang, Johor.

Program ini adalah hasil jalinan kerjasama dengan Pejabat HEP dan Pusat Komuniti Sembrong dan telah disertai oleh 109 orang mahasiswa berbilang bangsa dank aum seterusnya dibahagikan kepada 46 keluarga angkat mengikut kaum. Penduduk kampong yang terlibat dalam program ini adalah Kg Sri Lukut, Kg Contoh dan Kg Kahang. Mahasiswa yang menyertai program ini adalah dikalangan mereka yang aktif dan mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi kerana mereka sanggup mengambil masa cuti ulangkaji yang diperuntukkan semata-mata hendak berbakti kepada masyarakat.

Di antara objektif utama penganjuran program ini adalah mewujudkan dan menanam nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa terutama di dalam membantu kerajaan mengukuhkan dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat. Di samping itu, ianya juga dapat membentuk sokongan komuniti yang dinamik berasaskan kepada semangat sukarelawan antara masyarakat desa dan mahasiswa. Golongan sasaran program ini adalah dikalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah, belia dan ibubapa.

Sepanjang 3 hari mereka berkampung di mukim Kahang, pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya ialah senaman Poco - poco sukaneka bersama keluarga angkat mereka, mendirikan mercu tanda, gotong royong dan rewang sekampung

Pada hari terakhir, Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Dato’ Mohd Noh Dalimin, Naib Cancelor UTHM telah bersama-sama untuk merasmikan Mercu Tanda Program OPKIM 2010 di Tapak Pasar Malam Pekan Kahang. Sambil itu Dato’ Seri juga memberi kata-kata semangat kepada peserta OPKIM 2010. Seterusnya program diteruskan di Dewan SJK(C) Kahang untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Di majlis ramah mesra ini, UTHM telah menyerahkan 5 buah computer kepada SJK (C) Kahang dan SK Kahang yang telah di sampaikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Dato’ Mohd Noh Dalimin. Di akhir majlis ini nyanyian lagu Tema Program OPKIM 2010 – Gemilang daripada Jacklyn Victor telah dinyanyikan bersama-sama.

Pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini adalah tidak ternilai harganya kerana mereka dapat melihat pergaulan antara kaum-kaum dan masyarakat setempat di sesebuah kawasan. Di akhir program ini, peserta telah bersama-sama memasang 2 tanda mercu tanda program di Kampung sri Lukut dan Pekan Kahang kerana dengan adanya mercu tanda ini, segala memori sepanjang berada di sini akan terpahat buat selama-lamanya.

Disediakan oleh Mohd Latifi bin Mahmood

Timbalan Pengarah OPKIM 2010

Majlis Perwakilan Pelajar 09/10

Gambar Hari Terakhir 14 November 2010 ( Sewaktu majlis perasmian )



Sewaktu menuju ke SJK (C) Kahang 

1 Malaysia

Semasa menyanyikan lagu tema OPKIM 2010 dan montaj OPKIM 
Dato' Seri Hishammuddin merasmikan Mercu Tanda OPKIM 2010 sambil disaksikan oleh Dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM


bergambar dengan Dato' Seri


Semasa Penyerahan semula anak angkat kepada UTHM sambil disaksikan oleh Dato' Seri  






UTHM menyampai Gambar kenangan SMGM 2010 kepada Dato' Seri Hishammuddin..