BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 20, 2010

Program Operasi Khidmat Masyarakat 2010 (OPKIM 2010)




Mahasiswa yang dilihat sebagai saluran dan ejen kepada pembangunan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk pembangunan Negara. Jesteru itu, tidak kira masa dan tempat Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 2010) pada 12 – 14 November 2010 bertempat di Kahang Kluang, Johor.

Program ini adalah hasil jalinan kerjasama dengan Pejabat HEP dan Pusat Komuniti Sembrong dan telah disertai oleh 109 orang mahasiswa berbilang bangsa dank aum seterusnya dibahagikan kepada 46 keluarga angkat mengikut kaum. Penduduk kampong yang terlibat dalam program ini adalah Kg Sri Lukut, Kg Contoh dan Kg Kahang. Mahasiswa yang menyertai program ini adalah dikalangan mereka yang aktif dan mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi kerana mereka sanggup mengambil masa cuti ulangkaji yang diperuntukkan semata-mata hendak berbakti kepada masyarakat.

Di antara objektif utama penganjuran program ini adalah mewujudkan dan menanam nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan mahasiswa terutama di dalam membantu kerajaan mengukuhkan dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat. Di samping itu, ianya juga dapat membentuk sokongan komuniti yang dinamik berasaskan kepada semangat sukarelawan antara masyarakat desa dan mahasiswa. Golongan sasaran program ini adalah dikalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah, belia dan ibubapa.

Sepanjang 3 hari mereka berkampung di mukim Kahang, pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya ialah senaman Poco - poco sukaneka bersama keluarga angkat mereka, mendirikan mercu tanda, gotong royong dan rewang sekampung

Pada hari terakhir, Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Dato’ Mohd Noh Dalimin, Naib Cancelor UTHM telah bersama-sama untuk merasmikan Mercu Tanda Program OPKIM 2010 di Tapak Pasar Malam Pekan Kahang. Sambil itu Dato’ Seri juga memberi kata-kata semangat kepada peserta OPKIM 2010. Seterusnya program diteruskan di Dewan SJK(C) Kahang untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Di majlis ramah mesra ini, UTHM telah menyerahkan 5 buah computer kepada SJK (C) Kahang dan SK Kahang yang telah di sampaikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Dato’ Mohd Noh Dalimin. Di akhir majlis ini nyanyian lagu Tema Program OPKIM 2010 – Gemilang daripada Jacklyn Victor telah dinyanyikan bersama-sama.

Pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini adalah tidak ternilai harganya kerana mereka dapat melihat pergaulan antara kaum-kaum dan masyarakat setempat di sesebuah kawasan. Di akhir program ini, peserta telah bersama-sama memasang 2 tanda mercu tanda program di Kampung sri Lukut dan Pekan Kahang kerana dengan adanya mercu tanda ini, segala memori sepanjang berada di sini akan terpahat buat selama-lamanya.

Disediakan oleh Mohd Latifi bin Mahmood

Timbalan Pengarah OPKIM 2010

Majlis Perwakilan Pelajar 09/10

Gambar Hari Terakhir 14 November 2010 ( Sewaktu majlis perasmian )



Sewaktu menuju ke SJK (C) Kahang 

1 Malaysia

Semasa menyanyikan lagu tema OPKIM 2010 dan montaj OPKIM 
Dato' Seri Hishammuddin merasmikan Mercu Tanda OPKIM 2010 sambil disaksikan oleh Dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM


bergambar dengan Dato' Seri


Semasa Penyerahan semula anak angkat kepada UTHM sambil disaksikan oleh Dato' Seri  






UTHM menyampai Gambar kenangan SMGM 2010 kepada Dato' Seri Hishammuddin..




Sunday, September 12, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010 di UTHM


Majlis Sambutan Hari Raya 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 21 September, 2010 (Selasa)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, UTHM

Atur cara majlis :

11.30 pagi - Ketibaan Staf dan pelajar UTHM
11.45 pagi - Ketibaan Tetamu Universiti dan VVIP/VIP
11.50 pagi - Bacaan Doa
12.10 t/hari - Ucapan YBhg. Prof. Dato' Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM
12.20 t/hari - Bacaan Selawat
12.30 t/hari - Jamuan Hari Raya

* Semua warga UTHM dijemput hadir.

Wednesday, September 8, 2010

2 hari sebelum Raya Aidifitri


aku menganyam ketupat.... belajar selepas balaja dari program kat kg separap.... x sia2 pegi sana dapat mewariskan adat makanan melayu....


Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, September 4, 2010

Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa di Kg Separap

Ketibaan 1 Syawal semakin dirasai oleh semua orang terutamanya yang beragama Islam…. Setelah beberapa minggu berada di universiti tercinta, mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, kini tibalah masanya pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang semakin kunjung tiba…. Oleh yang demikian, di sini, kami selaku Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin… Semoga selamat pulang ke kampong halaman tercinta (^_^)….

Namun begitu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan lain yang tidak pulang ke kampung halaman mereka pada tahun ini… Antaranya ialah pelajar-pelajar antarabangsa dari negara seperti Indonesia, Arab, Somalia da lain-lain lagi… Mereka juga tidak terlepas dari kehangatan menyambut Aidilfitri ini… Oleh itu, atas kerjasama wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar, kami telah mengambil langkah membawa sebilangan pelajar Antarabangsa ke Program Menganyam Ketupat dan Berbuka Puasa,

Program ini merupakan anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat serta Majlis Belia Batu Pahat bertempat di Dewan Budaya Seri Separap berhampiran dengan MRSM Batu Pahat, Johor.

Di sini mereka telah di ajar cara-cara untuk mencuba sesuatu yang baru dalam masyarakat Melayu iaitu program menganyam ketupat. Ada beberapa jenis ketupat yang telah diajar antaranya termasuklah Ketupat Sate, Ketupat Bawang,Ketupat Pasar, Ketupat Sintok, Ketupat Jantung dan Ketupat Helang. Ternyata mereka berasa amat gembira kerana dapat mempelajarinya..





Gambar 1 : pelajar antarabangsa mempelajari teknik menganyam ketupat bawang

Gambar 2 : pelajar antarabangsa mempelajari teknik menganyam ketupat bawang bersama salah seorang penduduk Kg Separap

Gambar 3: Interaksi yang baik dengan penduduk Kg Separap dengan pelajar UTHM.






Gambar 4: kedatangan Pegawai daerah Batu Pahat


Gambar 5: Menunggu waktu Berbuka bersama penduduk kampung

Kami berharap program ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Ini adalah satu langkah untuk kita mengekalkan tradisi kita daripada luput ditelan zaman yang semakin maju. Kami berharap juga program ini dapat menarik perhatian golongan muda kini untuk mempelajari teknik menganyam ketupat. Di dalam ini juga dihadiri oleh kaum lain juga. Justeru itu ia dapat menjalinkan hubungan silaturahim.

Sambil program menganyam ketupat berjalan. Kami juga dijemput oleh Majlis Belia Daerah Batu Pahat untuk melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga terpilih di sekitar kawasan Semerah.

Gambar 6 : Melawat rumah keluarga ibu tunggal dan warga emas.



Gambar 7: Semoga kunjungan kami ini memberi keceriaan kepada warga emas ini.

Gambar 8: Semoga beliau tabah menjalani kehidupan yang kini lumpuh disebabkan oleh kemalangan 12 tahun yang lalu. Kami berdoa semoga beliau sihat selalu disamping keluarga tersayang.

Gambar 9: Kami daripada MPP dan warga UTHM mendoakan adik beradik ini tabah mengharungi kehidupan dan jangan cepat putus asa. Kami berdoa agar ayah, ibu dan 2 adik ini yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di tempatkan pada orang-orang yang beriman.


Gambar 10: Mengunjungi warga emas di padang Sari


Gambar 11: Mengunjungi warga emas di padang Sari

Gambar 12: Mengunjungi warga emas di padang Sari


Gambar 13: mengunjungi keluarga yang mempunyai anak istimewa

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Pemutus litar bocor ke bumi




Pemutus litar bocor ke bumi (PLBB, PLBK atau ELCB) merupakan sejenis pemutus litar keselamatan yang dipasang pada sistempendawaian elektrik dengan galangan bumi yang tinggi untuk mencegah renjatan elektrik.

Kebanyakan pendawaian elektrik mempunyai galangan bumi yang tinggi disebabkan penggunaan rod bumi pada sistem pembumian TT ataupun keadaan tanah yang kering.

Pendawaian sebegini adalah berbahaya dan terdedah kepada risiko keselamatan jika arus elektrik mengalir akibat kebocoran dari wayar hidup ke wayar bumi. Oleh kerana galangan bumi adalah tinggi:

  1. arus tidak mencukupi untuk memutuskan fius ataupun menjadikan pemutus litar terpelantik, maka keadaan kerosakan adalah berterusan
  2. voltan pada bahagian berlogam yang terdedah tidah dapat diturunkan ke tahap yang selamat; badan berlogam ini mungkin akan diujakan dengan voltan menghampiri voltan wayar hidup.

Bahaya sebegini boleh dikurangkan secara drastik melalui penggunaan PLBB ataupun peranti arus baki (PAB atau RCD). PLBB menjadikan pemasangan pendawaian lebih selamat dengan memutuskan bekalan kuasa sekiranya keadaan berbahaya berlaku.

Dalam istilah bukan teknikal, apabila seseorang tersentuh sesuatu, terutamanya bahagian berlogam bagi peralatan elektrik yang mengalami kerosakan pada voltan yang berkaitan dengan bumi, arus elektrik akan mengalir melalui tubuh mangsa ke bumi. Arus yang mengalir adalah terlalu rendah untuk memutuskan fius ataupun membuatkan pemutus litar kecil terpelantik, tetapi masih mencukupi untuk membunuh manusia. PLBB mengesan kebocoran arus ke bumi walau sekecil mana pun dan seterusnya terpelantik bagi memutuskan bekalan elektrik.

Untuk membolehkan PLBB berfungsi, PLBB mestilah disambung pada sambungan bumi pada pendawaian elektrik. Sistem pembumian yang tidak berfungsi akan mengakibatkan PLBB gagal berfungsi.


Wednesday, September 1, 2010

Kembara Mahkota Johor tonjol elemen kedaulatan diraja

PROGRAM Kembara Mahkota Johor (KMJ) Bermotosikal 2010 selamat melabuhkan tirainya di Kota Tinggi baru-baru ini. Sepanjang tiga hari mengembara, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan jarak 777 kilometer menjelajah enam daerah di negeri Johor iaitu Pontian, Batu Pahat, Muar, Ledang, Mersing dan Kota Tinggi.

KMJ 2010 dianjurkan bagi memenuhi permintaan dan harapan rakyat di enam daerah tersebut yang sebelum ini hanya menyaksikan dari jauh Sultan Johor mengembara menaiki tren pada Jun lalu yang hanya melalui empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulaijaya, Kluang dan Segamat.

Program KMJ 2010 ini sudah menjadi jenama yang cukup kuat dan begitu sinonim dengan Sultan Ibrahim kerana program yang dimulakan baginda pada 2001 ini saban tahun telah berkembang dengan pesat sama ada dari sudut jumlah penyertaan, acara dan publisiti.

KMJ 2010 juga menjadi medan terbaik bagi Sultan Ibrahim dan kerabat diraja Johor untuk berdamping dan bermesra dengan rakyat jelata tanpa kekangan protokol yang lazimnya dilaksanakan dalam acara lain melibatkan golongan istana.

Melalui program ini, baginda dapat melihat sendiri pembangunan di seluruh negeri serta mendengar keluhan mahupun pandangan rakyat secara terus dan tidak melalui mana- mana perantara.

Adakalanya permasalahan yang diadukan terus mendapat maklum balas segera baginda dengan menitahkan pihak yang berkaitan memberi bantuan atau mengambil langkah sewajarnya. Atas sebab ini jugalah, Sultan Ibrahim membawa bersama ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan menyertai setiap acara yang dianjurkan.

Selain itu, KMJ 2010 juga menjadi medan terbaik bagi ketua-ketua jabatan negeri mahupun Persekutuan di Johor beramah mesra dan bertukar pandangan berkenaan agensi masing- masing.

Penulis dapat melihat sendiri situasi ini khususnya semasa kembara menggunakan tren yang berlangsung pada Jun lalu apabila semua ketua jabatan dihimpunkan di dalam satu gerabak khas dan mereka dapat menghabiskan banyak masa sepanjang perjalanan dengan berinteraksi dan berkenalan dengan lebih dekat.

Tanpa program sebegini, belum tentu mereka ada kesempatan untuk duduk bersama dari pagi hingga ke malam dalam suasana yang cukup santai dan mesra.

Dalam setiap pertemuan dengan rakyat jelata, Sultan Ibrahim juga tidak kekok untuk bermesra dengan pelbagai lapisan masyarakat sama ada golongan tua atau muda mahupun kanak-kanak. Baginda tidak kekok untuk mengendong bayi, mengusik anak-anak kecil mahupun berseloroh dengan mak cik-mak cik di dapur!

Dalam ketegasan, baginda sebenarnya memiliki sifat humornya tersendiri. Sifat inilah yang menjadikan baginda amat disayangi dan mudah didekati rakyat jelata.

Keterbatasan waktu bukan penghalang bagi baginda merasai dan mencuba pelbagai aktiviti harian yang dilalui oleh rakyatnya. Dalam program KMJ 2010 ini, rakyat dapat bersama-sama baginda bermain sepak raga, bola sepak, berbasikal, mengukur kelapa, memasak, menabur benih padi dan sebagainya.

Yang menariknya, sebahagian daripada aktiviti itu turut disertai isteri baginda, Raja Zarith Sofiah, putera-putera dan puteri baginda yang sentiasa teruja untuk turun padang bertemu rakyat jelata.

Program KMJ 2010 ini juga bukan sahaja menyerlahkan keperibadian unggul dan daya kepimpinan baginda, malah turut memperlihatkan minat serta bakat peribadi baginda. Umum mengetahui bahawa baginda meminati dan memiliki kemahiran dalam dunia pemotoran. Cakap sahaja kenderaan apa, hampir kesemuanya mampu dikemudi baginda, daripada motosikal berkuasa tinggi, helikopter, kapal terbang mahupun bot laju.

KMJ 2010 turut mencatat sejarah peribadi baginda apabila ditauliahkan Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang melayakkan baginda memandu kereta api. Pentauliahan ini telah membolehkan baginda menerima sijil pengesahan daripada The Malaysia Book of Records dengan tajuk pengiktirafan The First Sultan to Receive Locomotive Driving Licence Class 26.

Setelah 10 tahun mengembara dalam 13 edisi KMJ, Sultan Ibrahim telah menjelajah hampir seluruh jajahan negeri Johor di daratan, sungai, hutan, laut mahupun pulau. Kembara baginda bukan sekadar berjalan 'makan angin', sebaliknya baginda menyelami, memahami dan mengambil peduli terhadap setiap keluhan pemimpin masyarakat. Baginda bertindak merentasi birokrasi dan protokol demi kesejahteraan rakyat yang dinaungi. Tidak hairanlah KMJ begitu dekat di hati rakyat Johor, malah kehadirannya sentiasa dinantikan.

Keseluruhannya, KMJ telah membina aura dan kemasyhurannya sendiri. Kekuatan namanya bakal dicatat dalam sejarah Johor. Sultan Ibrahim telah menyentak kita terhadap istilah 'Daulat' yang selama ini sering dikaitkan dengan unsur magis dan keluarbiasaan. Daulat sebenar yang ditonjolkan oleh baginda melalui KMJ ini penuh dengan elemen kasih sayang, ambil peduli dan prihatin seorang raja kepada rakyatnya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua warga UTHM dan mengenali kami



Kami Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua warga UTHM. Semoga hari raya ini membawa keberkatan.

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izin kami bersimpuh sila,
Menghulur tangan di bulan mulia,
Selamat hari raya aidilfitri,
Dari kami Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010,
Minal Aidil Wal Faizin.

Saturday, August 28, 2010

PENGENALAN MPP UTHM

PENGENALAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 2009/2010


















LAWATAN RASMI MPP UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA




27 Mei 2010 yang lalu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah di kunjungi oleh pelajar dari Universiti Malaysia Sabah yang terdiri daripada MPP UMS , Pengerusi kelab dan Pengerusi Kolej Kediaman.

Tepat jam kul 1.20 petang Delegasi UMS sampai di hadapan pintu Dewan Tunku Ibrahim Ismail. MPP UTHM dan Pegawai dari HEP menyambut ketibaan mereka pada masa itu dan membawa mereka masuk ke dewan jamuan 2 untuk berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya.

ketibaan MPP UMS di depan pintu DTII


Sebelum aku masuk ngan MPP UMS dan UTHM. Tiba2 Aku terpandang salah sorang dalam kumpulan rombongan mereka, aku cuba ingat balik siapa gerangan dia. Bole lupa nama dia, cuba ingat lagi, last2 aku ingat. hahahaha... aku tepuk bahu dia dan aku tegur dia, Alif ke?? btul tekaan aku, jgn marah Aizat.... hehehe

masa dalam kami berada di Dewan jamuan 1, aku bersama abg angkat Suzanna.. hehehe... Hello bro, semasa di DJ1 banyak la perbincangan telah diutara, termasuklah perkenalkan setiap yang ada dlm DJ1.


Gambar di Dewan jamuan 1 (berdiskusi)

Gambar aku bersama Aliffirza

selepas 2 jam berdiskusi di DJ1, kami semua pergi buat lawatan sekeliling kampus yang indah ini, termasuklah perpustakaan yang baru. disana banyak la kami bergambar aksi pelik dan macho... hehehe.... biasala untuk kenangan bersama2...



perpustakaan mercu kebanggaan UTHM Johor




Gambar semasa di tengah2 perpustakaan baru

lepas tu Melissa mengajak ajak semua yang berada di bus pergi ke bengkel Automasi UTHM, di sana pensyarah telah menunjukkan beberapa kereta yang telah diubahsuai... biasala UTHM kan Universiti teknikal mesti pandai mengubahsuai untuk yang lebih baik.



Gambar di Bengkel Automasi FKMP

sebelum mereka pergi destinasi seterusnya, kami harap segala pertemuan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim kita, insyaallah kami akan buat lawatan balas ke UMS. Semoga kita berjumpa lagi.....


Gambar Prof Ir Amir, En Khirul, MPP UTHM dan MPP UMS