BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pendawaian

Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.
Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.

Spesikasi
Menurut Piawaian MS IEC 60038, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).

Sistem pendawaian
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.
Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.

Perlindungan arus
Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:-
Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan
Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi
Fius elektrik / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik
Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.

Pemasangan mata suis dan soket
Kesemua suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.
Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai "Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.
[sunting]Pembumian
Rencana utama: Pembumian elektrik
Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.


PLBK Kendalian Voltan

Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.

Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja.

Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah;

Jenis Peralatan Kadar maksimum PAB
PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan. 100mA
Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai.
30mA
Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak
seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB. 10mA
Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua. 10mA

Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.

Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?
Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah.

Apakah Kotak Bumi ?
Kotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkan
voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendakisupaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasapengubahsuaian rumah atau sebagainya.

Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.

Apakah Kotak Agihan ?
Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB).

Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?

Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.

Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?
PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.

Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi - PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers - ELCBs)?
Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50’an)dahulu.

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras
yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik.

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan.

Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi.

PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak
1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.

Apakah dia Peranti Arus Baki - PAB (Residual Current Device-RCD)?
Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD - Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.

Apakah jenis PAB?
Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti berikut;


ο Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik
ο Jenis A Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC))
ο Jenis B Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).

Apakah Kadaran PAB?
Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;
Peraturan 36
(1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;

(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.

(3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.

(4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan;
(a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau


(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ?
Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian.
Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.
Perlukan PAB diuji ?
Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan.
Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika berlaku arus bocor kebumi.
Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?
Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan;
1.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB semula dan‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
2.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah disebabkan kilat ?
Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah.
Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ?
o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.