BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 28, 2010

Kenangan Program Selangkah Ke Menara Gading De Bayu'09 di Sabah

Ini program tahun lepas, tapi aku cuba ingatkan semula untuk mengisi dalam blog aku.
Program Ini bermula pada tahun lalu pada disember 2009. masa cuti semester. Program ini dianggotai seramai 40 orang pelajar universiti hasil gabungan 2 universiti. Ia terdiri daripada 20 urusetia dari UTHM dan 20 urusetia dari UMS. 
Best tu bile kite bekersama, memang ada kenangan manis dan kenangan pahit.... sepanjang program ini dijalankan. Biasala bagi aku ini adalah satu proses pembelajaran. 
aku akan ceritakan la dari mula program ini dijalankan:
Aku mula dari nak naik kapal terbang Asia la. Aku memang First time dalam sejarah aku naik kapal terbang. bila da duduk kat seat kapal terbang aku da mula terfikir. boleh ke kapal terbang ni naik..... yela pertama kali naik mmg la risau sikit... hehehe
bile kapal terbang da mula nak buat penerbangan aku da rase syok... hahaha... yang syok tu masa nak naik ke udara la.... macam nak ke angkasa lepas.... hehehe
tapi bile stabil kat udara.. rase syok da ilang sebab da mula bosan sbb ia terbang tegak je.. mcm kapal terbang ni x berjalan.. bole plak terfikir kat otak.. kapal terbang ni terbang ke berhenti kat udara... macam x terbang je... tu la perasaan aku atas kapal terbang.. after that aku tido sepanjang penerbangan selama 2 jam 30 minit..
bila sampai di airport kota Kinabalu, kami di sambut oleh urusetia dari UMS, dan kami tido di kolej kediaman 11 kalau x silap aku... klau silap bagitau... huhuuhuhu
pada pagi esok nye. kami semua urusetia selepas sarapan bersiap sedia utk pergi dewan aktiviti utk uat ice breaking bersama2 urusetia UMS dan UTHM. disitu bermulalah detik persahabatan antara kite UTHM dan UMS. 
Pada 13/12/2009 kami telah bertolak ke Semporna, dari UMS ke KG Tampi-tampi, Semporna mengambil masa 11 jam untuk sampai ke sane.. hehheehe klau x biasa konfem sakit pinggang... 1 van dan 1 bus pergi ke sana.. pegawai UTHM yang ikut pada masa tu adalah en Khirul, en Najib dan en Hasnol...
Sepanjang perjalanan menuju ke Semporna, kami lihat keindahan di persekitaran Gunung Kinabalu... semasa perjalanan kami juga ada juga melawat di tempat rekreasi di Sabah contoh nye KINABALU PARK...( masa tu cuacanyer sejuk tu.. kabus kebal tu macam pi genting da) tempat kedua kami berhenti di TEA SABAH... siapa nak beli teh segar beli la kat situ.. aku pun ade beli tuk keluarga aku gak.. hehehe. buah tangan da. lepas tu kami terus ke destinasi kami yg utama...
sepanjang perjalanan aku asyik berfikir bila la nak sampai... heheehehe jauh tu...
kami sampai di chalet ataupun tempat penginapan kami tepat kul 10 mlm... 10 mlm kat sabah klau kat semenanjung mcm kul 12 mlm gak... selepas kata2 aluan dari en Khirul, aku utk urusetia UTHM dan Linda Urusetia UMS... aku pi la tido dgn nyenyaknye di atas tilam... walaupun tilam lipis... tapi aku rase bersyukur dpt tido nyenyak... hahaha penat beb...
14/12/2009 . pada masa tu kami ada buat program Bakti siswa di Sekolah rendah di Pulau mabul.... Pulau Mabul ni sebenarnye berdekatan dengan Pulau Sipadan.. Tapi pulau Sipadan tu jauh lagi la ... aku pun x pernah pegi pun pulau tu... kalau dpt pi sana mmg aku nak ikut gak... hhehehe.... kami ke pulau Mabul menaiki bot.. bertolak kul 8 pagi sampai sane kul 11 pagi... lame gak.. hehehe... 
sampai disana kami menaiki sampan lain, sbb nanti bot x leh gerak sbb air akan surut.... sbb tu kami naik smapi lain... semasa nak turun bot ke sampan.. jari olga tersepit... cian jari Olga sampai bengkak jari dia ... syukur ada unit kecemasan dari UNIT urusetia.. Tahniah korng.... cepat bertindak... 
bila aku jejak kaki di pantai Pulau Mabul... aku bersyukur kepada Allah sbb keindahan alam flora disini masih dijaga dengan baik sekali, air laut memang jernih, pasir pantainye putih sekali.. klau korang datang sana memang terpegun dgn keindahannyer.... 
sampai di sana kami terus gerak ke sek ren Pulau Mabul dgn bantuan Urusetia dari UMS yg pernah sampai di Pulau Mabul sebelum ini.... tiba di sana Aktiviti ketua fasilitator di ketuai oleh Mohd Fadzli atau senang dikenali sebagai Bon sesi Motivasi kepada adik2 dr pulau mabul.. yang unik pada masa tu... adik2 yg datang sedikit .. kelama-lamaan makin ramai datang... dari 20 orang terus meningkat ke 80 org. sebelum kami pulang kami sempat mengambil gambar sesama mereka. sebelum kami balik ke kg Tampi-tampi, kami sempat membuat aktiviti riadah di pulau Mabul.
pada pukul 5 petang kami terus bertolak balik ke kg Tampi-tampi da sampai ke sana pada waktu malam.. 
15/12/09... pagi tu kami bersiap-siap membuat persiapan utk menyambut ketibaan peserta dari program Jelajah Sabah UTHM yang di ketuai oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kasim dan exco-exconya... tepat pukul 12 tgh hari.. konvoi2 Jelajah Sabah UTHM telah selamat sampai ke Kg Tampi-tampi.. selepas berehat dan makan tengah hari. Kami dan Konvoi Jelajah Sabah UTHM telah pergi memberi sumbangan kepada penduduk yang terpilih. Pada masa berkenaan juga pihak kita juga memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di kg Air. Secara tidak langsung, ianya telah menyemai sifat keprihatinan pelajar-pelajar universiti terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
pada malam tu, majlis perasmian penutup dirasmi oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kasim sendiri. pada malam itu juga ada persembahan kebudayaan dari pihak kita dan orang kampung.
16/12/09 kami pulang ke UMS dan 17/12/09 kami balik ke UTHM... segala pengalaman dan kenangan aku di sabah tidak dapat aku lupakan...
Gambar-gambar di sana:
Menyambut ketibaan prof ir dr Amir dan pegawai-pegawai yg lain
Selepas memberi sumbangan kepada rumah terpilih
jgn goyang2 tau nanti sampan terbalik... hehehe menuju ke pantai Mabul
memberi tanda penghargaan kepada tuan punya bot.. 
mendarat di pantai Pulau Mabul.. jernih tu air dia.. siap nampak tapak sulaiman
Semasa motivasi di Sek Ren Pulau Mabul. Di tgh tu adalah Azrul iaitu YDP UMS kiranya menjadi mentor kepada adik2 yang berada di sana...
Semasa motivasi yang di ketuai oleh BON... adik2 disana amat menyukai abg Bon.. sbb Bon pandai menghiburkan hati mereka. Walaupun kami lewat sampai di sana tapi adik2 memberi komitmen yg tinggi dgn program motivasi ini.... terima kasih semua
kenangan terindah di Pulau Mabul bersama semua Urusetia dan adik2 yg mengikuti program motivasi... insyaallah ada rezeki kami akan datang kembali...
gambar semua urusetia yang menjayakan program Selangkah Ke Menara Gading De' Bayu 09. ataupun di kenali sekarang SEMEGA 09... semoga program ini menjadi satu kenangan yang indah dan menyeronokkan.. dan dapat membentuk semangat kesukarelawan di hati pelajar..

0 comments: