BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 28, 2010

Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2010 -Sembrong dan Pekan

Dato' Seri Hishammuddin dan Naib Canselor bersama Urusetia


Pada 11 hingga 13 Jun 2010... Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan satu program berbentuk motivasi . Program ini adalah cetusan idea dan aspirasi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak utk memartabatkan kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar khususnya untuk pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM.

Bermulanya kisah:......
9 dan 10 jun 2010, para mentor telah datang ke kampus utk mendaftar utk mendiami kolej kediaman... sblum program 11 jun bermula para mentor telah di beri latihan oleh urusetia SMGM sblm menempuh cabaran pada hari esok.. dimana pada hari esok kita akan menerima 1000 pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan utk ketahanan mental para mentor di sambil itu mengisi masa lapang utk para mentor.


11 jun 2010.... sebanyak 24 bus bersamaan dengan hampir 500 pelajar dari kawasan Sembrong dan 500 dari kawasan Pekan datang mendaftar di Kolej Kediaman. 69 orang guru pengiring telah ikut pada masa itu.
Manakala mentor UTHM hampir 300 orang. Lelaki akan mendiami di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail manakala Perempuan di Kolej Kediaman Tun Fatimah.
Selesai Solat maghrib di Masjid UTHM, para mentor dan mente masuk ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail,



hampir 1000 pelajar mendaftar


abang mentor sedang menunggu adik angkat mereka




Di dalam dewan, pelbagai aktiviti yang telah di rancang oleh Kelab Kaunseling dan Kerjaya untuk menaikkan semangat para mentor dan mente melalui tepuk2 yang menghiburkan seperti tepuk muah-muah, tepuk cika puka, tepuk menyampah dan sebagainya. Aku tgk pelajar dan mentor bergembira dengan aktiviti ini...





Saudara Jefryral selaku Timb Pengarah SMGM 2010 menunjukkan aksi dalam program Motivasi kepada adik2 Sembrong dan Pekan


Saudara Azman mengetuai aktiviti motivasi

12 jun 2010 yang amat aku banggakan kepada mentor dan mente ini... pada tentatif program LEC bermula pada pukul 9.00 pagi.. tapi para mentor selepas solat dan sarapan terus ke DTII sampai sebelum kul 8.00 pagi. makna ada lagi sejam program bermula.... fikir2, last aku suh Yusri ( ketua Mentor dan Aktiviti) utk buat lengah2kan masa dengan memasukkan akitiviti yg tidak termasuk dlm tentatif... Yusri menjalankan tugasnye dengan baik sekali pada masa tu dengan membuat aktiviti senaman sikit dan tepuk pemberi semangat.. ketua pengurusan juga memuji tindakan urusetia kerana telah membuka kunci semangat pada masa tu... tahniah kamu semua... pada kul 9.00 pagi program diambil alih LEC dan 60 org fasilitator dr UTHM.
pada waktu petang pulak, satu program berbentuk membina 'totem pole' atau mencipta replika 1 Malaysia di mana segala bahan telah disediakan. para Mente diberi masa selama 3 jam utk menyiapkan replika itu..

13 jun 2010 adalah hari kemuncaknya, selepas sarapan pagi para mente dan mentor berkumpul di hadapan kolej kediaman. Program seterusnya adalah lawatan ke perpustakaan baru dan tempat yg menarik di sekitar UTHM. Semasa lawatan juga, para mentor memberi penerangan kepada mente2 mereka agar mereka dapat merasai kehidupan bila mereka bergelar sebagai seorang mahasiswa nanti.
Pada pukul 3.00 petang, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein merangkap Ahli Parlimen Sembrong datang ke UTHM dan Masuk ke dalam DTII diiringi dengan Profesor Dato' Dr Mohd Noh Dalimin merangkap Naib Canselor UTHM, ketua polis johor dan pegawai2 yg lain....



semasa sampai di depan pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail

LDK yang di ketuai oleh saudara Yusri

semasa ketibaan masuk, sambil diiringi lagu gemuruh dari nyanyian Faizal Tahir diikiuti dngn nyanyian para mentor dan mente



semasa dalam dewan utk keluar dari DTII, semua menunjukkan 1 Malaysia kepada jurukamera



dato seri bergambar bersama2 para mentor dan mente

Pelajar2 dibawa melawat ke pepustakaan baru

Semasa Dato' Seri masuk lagu Gemuruh iaitu tema lagu SMGM 2010 di bunyikan sambil mentor dan mente menyanyikan sekali. Suasana dalam dewan itu amat meriah, selepas Dato NC UTHM memberi kata alu-aluan, seterusnya Dato' Seri Hishammuddin memberi nasihat serta memberi kata2 pembakar semangat kepada pelajar-pelajar Sembrong, Pekan dan Mentor UTHM. Selepas dato' seri memberi amanat pada semua peserta, aktiviti seterus dijalankan iaitu replika 1 Malaysia di bawa masuk sambil lagu gemuruh dimainkan, semasa ini suasana dewan bagaikan konsert dan meriah. Dimana para mentor dan mente menyanyikan lagu itu dgn penuh semangat dan lepas itu ade penyampaian hadiah kepada pemenang replika 1 Malaysia yang tercantik.

Selepas habis, menutupkan Seminar Memperkasa Generasi Muda 2010. Sambil Dato' Seri berjalan keluar dato seri mengambil gambo dgn mentor dan mente di dalam dewan. Sebelum pulang ke rumah kediaman dato' seri. Beliau sempat merasmikan pelancaran sispa, larian Gaza, merasmikan Bangunan EMC. Dato' Seri juga sempat bermain sekejap dengan pemain Futsal yang di anggotai MPP 09/10, mantan MPP 08/09 dan kelab-kelab.


Merasmikan pelancaran larian Gaza


Bergambar bersama pemain futsal


NC kita menunjukkan kehebatan beliau dalam futsal


Dato' Seri Hishammuddin pulang



Aku dan urusetia SMGM 2010 harap program ini di jadikan satu program rasmi untuk setiap tahun... heheheehehe... dan aku doakan kepada semua pelajar SPM dan STPM yang menyertai SMGM 2010 ini menjadikan ia sebagai satu landasan yang terbaik untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan tempat menyambung pengajian mereka di menara gading... x lupa juga aku ucapkan terima kasih kepada semua urusetia dan mereka yg berkerjasama dengan saya utk program SMGM 2010.... akan ku kenang jasa mu kalian... hehehehehe



0 comments: